Kini hanya tinggal kenangan :'(


Photobucket
Harini aku nak cerita pasal kucing kesayangan aku yang baru sebulan lebih meninggalkan aku. Orang cakap perkara biasalah tu. Tapi bagi aku, tu bukan perkara biasa. Korang cuba bayang kan, kucing tu yang selalu ada dengan aku bila aku susah, senang, semua problem aku, aku cerita dekat dia. Even dia seekor kucing, tapi aku rasa dia faham isi hati aku. Sebab, lepas je aku cerita problem aku, dia akan naik atas aku and bermanja dgn aku. Seolah-2 dia takmau aku sedih. Aku sayang dia sesangat. Time aku sorang-2 dalam bilik, dia masuk dalam bilik aku, temankan aku. Aku memang suka berkurung dalam bilik, sebab mak tiri aku selalu cari masalah dgn aku.

Don (nama kucing aku) ni memang kucing yang aktif, suka panjat tu, main ni. Aku terhibur dgn gelagat dia. Tapi lepas dia dah mati, aku asyik terbayang-2 dia masuk dalam bilik aku, bermanja dgn aku. Seriously aku rindu sangat :'(
Korang nak tahu macam mana dia boleh mati? Ini semua sebab mak tiri aku yang terlampau jealous sgt sampai kucing aku jadi mangsa. Kenapa perlu dia? Kenapa takbuang benda lain?! Disebabkan abah aku balik KL nak jumpa aku je pun. Salah ke? Memang patut lah dia jumpa aku sebab aku ni anak dia. Yang nak jealous sangat tu kenapa? Kesian Don, jadi mangsa keadaan.

Dia kena buang dekat market, Padang Serai. Sape yang duduk Kulim taulah dekat mana. Sebelum aku dgn abah aku pegi cari dia dekat market, malam tu aku macam dngar suara dia mengiau. Aku pun panggil lah nama dia, tapi takde pun. Hati aku memang dah rasa lain macam. Anak dia pun tengok aku lain macam. Aku pelik. Dah kenapa dgn anak dia? So,pagi tu aku bersiap-2 then naik motor dgn abah aku cari Don dekat market. Sampai je dekat market, nak tahu tak aku jumpa apa?

Aku jumpa mayat Don terbaring dekat tepi longkang. Time tu, Ya-ALLAH, hanya Allah je yang tahu perasaan aku time tu macam mana. Abah aku pun menitis kan airmata dia, sebab kitorang mmg sayangkan Don. Dia dah banyak berjasa. Dia lah yang lawan ular time ular masuk rumah kitorang. Ular tedung pulak tuh. Dia lah yang bunuh tikus-2 yang ada dalam rumah. Dia memang heroin aku. Tapi, itu semua dah tinggal kenangan. Mak tiri aku langsung tak hargai apa yang dia dah buat. Sampai sanggup buang dia. Aku taktahu apa salah Don sampai sanggup dia buang Don. Aku bawak bangkai Don balik rumah. Abah cakap, nak tanam dia dekat rumah mak tiri aku sbb kat situ lah tempat dia datang. Time aku nak tanamkan dia, aku tak sanggup. Aku nak peluk lagi kucing aku tu. Tapi, takboleh :'( 
3 hari 3 malam aku asyik menangis teringatkan dia. Aku pergi kubur dia dekat sebelah rumah mak tiri aku tu. Seriously, aku sedih. Aku taktau nak luah dekat siapa. Bila aku rindu dia, mesti aku tengok gambar dia. Ya ALLAH, kenapa terlalu awal ENGKAU mengambil nyawanya? Aku belum sempat nak bermain dgn dia, jumpa dia. Tapi, ENGKAU lebih menyayanginya. Aku kena redha :')
Don, aku tahu kau dah bahagia duduk disamping yang Maha Kuasa. Maafkan aku kerana tak sempat nak selamatkan kau. Imysm :'/