say NO to SMOKING

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari nie qis nak share sikit information yang qis dapat dari google tentang Kesan Rokok Terhadap Kaum Wanita. Yaa, kaum hawa. Kenapa dengan kaum hawa? Yelah, tadi qis online fb then qis tengok dekat news feed qis ramai yang menyuarakan ketidakpuasan hati diorang tentang kaum hawa yang cukup pakej untuk orang buat isteri. Tapi sayangnya, MEROKOK! Yaa, mereka merokok. Sedangkan mereka tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Tetapi, kenapa diorang tetap nak terjerumus dengan gejala tidak sihat nie? *waa, boleh dapat A laa bm aku nanti xD
Kayy, qis dah highlight kan dah dekat beberapa blog yang menekankan tentang isu nie. Antara kesan rokok terhadap kaum wanita ialah:

>Wanita yang merokok bermula sejak remaja boleh meningkatkan risiko putus haid dua hingga tiga tahun lebih awal daripada sepatutnya.
>Kajian mendapati perokok wanita mempunyai 80 peratus risiko untuk mendapat barah pangkal rahim
>Penyumbang kepada penyakit kronik seperti barah payudara.
>Serangan angin ahmar atau strok boleh berlaku dalam sistem saraf pusat iaitu di bahagian otak. Serangan ini boleh membawa padah kepada perokok, jika saluran darah yang pecah terletak di bahagian utama otak yang mengawal pergerakan, pertuturan, memori dan sebagainya. Hilanglah keupayaan menjaga diri sendiri ketika itu, dan seseorang mungkin terpaksa bergantung kepada penjagaan orang lain sepanjang hayat.
>Serangan jantung juga boleh berlaku disebabkan penyempitan saluran darah koronari di jantung. Serangan jantung yang serius boleh saja membawa maut dalam masa beberapa ketika.
>Merokok juga menyebabkan ulser atau radang perut, masalah penghadaman makanan dan gangguan selera makan.
>Bayi yang dilahirkan akan menghadapi lebih tinggi risiko terdedah kepada jangkitan paru-paru, pengurangan keupayaan fungsi jantung, dan sindrom kematian bayi secara tiba-tiba atau sudden infant death syndrome (SIDS).
>Tahap kesuburan perokok wanita adalah lebih rendah iaitu sebanyak 72 peratus jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
    Qis tak suka sangat smoker nie, sebab bila terbau je asap rokok nie pon boleh membawa kepada kematian tau? So, renung-2kan dan selamat beramal ^^ Kbaii

    No comments: