Syirik

Apa khabar reader(s) sekalian? Sihat tak? Tak sihat? Pergi jumpa doktor cepaaaat hehe. Kalau yang sihat tu alhamdulillah. Jaga kesihatan selalu ^^ 
As you all can see the title above, aku nak cerita sikit lah kan pasal syirik ni. Sebab bukan apa, kadang-kadang apa yang kita cakap pun boleh jadi syirik tau. Syirik terbahagi kepada dua. Apa yang aku cakap ni berdasarkan apa yang aku belajar. Hehehe. Okay yang nombor satu dikenali sebagai Syirik Khafi yakni tersembunyi, dan yang kedua pula Syirik Jali yakni terang-terangan. Maknanya dah nampak sangat dah benda yang orang tu buat syirik haa. Bahaya tau syirik ni weh.
Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah keneraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
Haa bahayaaa weh kan dah cakap. Okay skrg ni meh pulak aku terangkan maksud tersirat Syirik Jali dgn Khafi ni..
SYIRIK JALI (TERANG & NYATA)
Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:
  • Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
  • Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
  • Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.

  • SYIRIK KHAFI (TERSEMBUNYI)
    Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.
    Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)

    Oleh itu, melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah, sama ada syirik jali atau khafi, berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.
    Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.
    Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.
    Oleh itu saudara seIslam ku sekalian, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah supaya dijauhkan perbuatan syirik. Kita wajib percayakan kebesaran Allah, kalau inginkan pertolongan, tadah tangan, minta Allah tolong, insyaAllah. Allah sentiasa ada dengan kita. Dia dengar apa yang kita pinta, cuma cepat atau lambat sahaja. Kadang-kadang Allah ambil sesuatu dari kita sebab dia nak gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Sedarlah bahawa kuasa Allah itu Maha Hebat. Takyah lah jumpa bomoh bagai ni. Tak baik. Ingat satu je, Usaha, Berdoa, Tawakal. Kita dah berusaha dan berdoa, lepastu kita tawakal, serahkan semuanya kpd Allah. Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik buat kita. Jangan berputus asa :)
    Setakat ini sahaja coretan ku buat kali ini. Kalau ada masa lagi, aku update lagi okay? Semoga kauorang dapat menghayati apa yang aku sampaikan ni. Tak salah kalau kita share ilmu kan? ;) That's all for today, thank you for reading. Maaflah panjang sgt hehe. Kalau korang dah baca sampai sini pergh memang terbaik ah hehehe. Byeee, assalamualaikum. Take care :**
    Lots of Love,
    Niena

    No comments: